Monday 10 February 2014

Sekarang Susah Nak Cari Kerja?

Sekarang Susah Nak Cari Kerja?



Siapa kata sekarang ni susah cari kerja? Job market payah la apa la. 


Orang bisnes sentiasa mencari orang yang berbakat dan berskil; yang boleh buat kerja tanpa seliaan; yang boleh fikir macam entrepreneur sendiri. 


Tapi anak muda banyak cekadak. Mahu gaji besar. Belajar buat kerja tak mahu. Skil tiada. Inisiatif tiada. 


Simple economics. Kita hanya akan dapat bayaran bersesuaian dengan nilai yang dimahukan majikan dan kemampuan kita komunikasikan nilai ini. 


'Berapa gaji boleh bayar?'


'Kau nak gaji sepuluh ribu pun aku boleh bagi. Kalau kau boleh buktikan kau bernilai setinggi tu.'


Jangan harap gaji tinggi sebelum boleh beri nilai tinggi. 


Sentiasa belajar. Tingkatkan skil. Kumpul modal karier. 


Dengan modal ini, kita boleh 'beli' peluang lebih baik; projek lebih mencabar; kerja lebih menarik. Dan sudah tentu ganjarannya lumayan.


Modal karier yang kita ada membolehkan kita PILIH majikan (atau dalam hal saya, pilih klien atau projek) yang kita suka. 


Ia transaksi dua hala. Majikan/klien boleh demand. Kita pun boleh demand. Ia bukan transaksi berat sebelah. 



Ia hanya jadi berat sebelah apabila kita tiada kekuatan untuk negotiate; apabila kita terdesak dan tiada pilihan.

Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.



Nama Anda

E-mail address



Saturday 8 February 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengisi Jawatan Kosong Cabin Crew

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengisi Jawatan Kosong Cabin Crew




Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan dalam membuat persiapan bagi temuduga Cabin Crew, dan persiapan adalah amat penting. Walau bagaimanapun, kadang-kadang apa yang paling penting adalah isu-isu penting yang jarang dibincangkan iaitu bagaimana kita mengendalikan diri dalam sesi temuduga adalah sama penting dengan jawapan yang anda berikan semasa sesi temuduga.


Memzahirkan akan bimbang atau cemas boleh mempengaruhi tindak tanduk anda dalam sesi temuduga. Anda sedang cuba untuk mendapatkan pekerjaan yang menjadi impian anda maka amat penting anda 'keep cool' dalam tekanan. 


Memiliki kapasiti untuk menangani tekanan di bawah keadaan normal dan juga kebolehan menangani tekanan di bawah keadaan yang buruk adalah amat diharapkan dari anda. 


Individu yang peramah dan mesra yang diperlukan pada setiap syarikat penerbangan. Orang yang mempunyai kesabaran yang mencukupi , tidak kira apabila ia dicabar , juga satu keperluan . Bagaimana anda boleh mengemukakan semua kualiti ini dalam temuduga? Walaupun anda dapat memberi banyak jawapan yang betul melalui satu sesi temuduga Cabin Crew, namun satu keperluan yang penting adalah anda perlu ambil kira ialah tona nada yakni tona nada suara anda yang mampu memberi ekspresi bahawa anda seorang yang mesra, ramah, sopan, bersemangat dan berkeyakinan.

            
Kadang-kadang penting untuk meminta rakan-rakan dan keluarga atau keluarga terhadap maklum balas sebelum temuduga anda. Kami kadang-kadang membangunkan ungkapan atau nada vokal yang boleh dengan mudah disalah tafsir. Hanya bertanya mengenai pengalaman menghubungi anda akan dapat memberikan gambaran sedikit.

Anda perlu melihat, tenang, dan mengekalkannya personaliti peribadi anda sendiri serta menjadi diri sendiri. Ini bermakna anda mempunyai banyak kekuatan yang akan menyebabkan anda untuk menjadi calon yang luar biasa. Anda perlu memberitahu panel temuduga tentang kekuatan itu, khususnya berkaitan dengan bidang perhubungan pelanggan



Temuduga Cabin Crew biasanya mungkin mempunyai peperiksaan bertulis , soalan berbilang pilihan (objektif), atau memerlukan anda hanya menyampaikan persembahan pergigian. Isyarat visual untuk mana-mana persembahan akan sangat membantu. Anda boleh cuba untuk belajar sebelum memberi persembahan secara lisan. 

Point terakhir yang anda perlu untuk pertimbangkan ialah labur banyak masa untuk mencari info cara mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan. Info yang anda dapat ini boleh jadi sangat membantu dalam sesi temuduga. 


Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.



Nama Anda

E-mail address




Friday 7 February 2014

Jawatan Kosong Cabin Crew Qatar Airways Open Day Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Cabin Crew Qatar Airways Open Day Kuala Lumpur 




Join our award winning 5 Star Cabin Crew team"

As the National Airline of the State of Qatar, we seek to reflect the best of Qatar's warm and generous hospitality.

Dinner in Paris, Lunch in New York, Breakfast in Montreal, while cruising around the world at 40,000 feet on some of the most modern aircraft in the world is definitely not your typical office job. 
Qatar Airways is known to be a truly world class, 5 star global airline, challenging established norms and a leader in airline hospitality.

On the Ground and in the air we offer our customers a powerful approach to service. Our Cabin Crew are Qatar Airways' Ambassadors to the world.

The Qatar Airways Cabin Crew team is growing. We are looking for candidates who can deliver our mission by providing "Excellence in everything we do". Known for our 5 star hospitality, we look for future Cabin Crew who can be part of our "World Class Global Brand"

Join our multinational Cabin Crew Team and enjoy a tax-free remuneration package including accommodation, allowances and transportation for duty.

Write your own story with Qatar Airways. World’s 5 star airline.

About You: 

  
 To be part of this winning team, you need to meet the following requirements:

  • Minimum age of 21 years
  • Minimum arm reach of 212 cms on tip toes
  • Minimum high school education with fluency in written and spoken English
  • Excellent health and fitness
  • Willingness to relocate to Doha, Qatar
  • Outgoing personality with good interpersonal skills and the ability to work with a multinational team.

Apply now online to be considered for this one of a kind opportunity.

The Event: 
  
Venue:  JW MARRIOTT KUALA LUMPUR - No. 183, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Date:     23rd February  2014                   
Time:    09:00 a.m.  sharp

Dress Code:        Formal business attire

Bring along:        1 x CV
1 x passport photocopy
1 x passport photograph taken in the same dress code mentioned above (without glasses).
1 x full length photograph taken in the same dress code mentioned above (without glasses).
1 x photocopy of your highest education certificate (in its original language is fine).

Note: you will be required to attach the following:
1. Resume / CV
2. Passport-size photograph
3. Full Length Photograph
4. Passport Copy (details/photograph page only)

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.


Nama Anda

E-mail address



Wednesday 5 February 2014

Jawatan Kosong : Pemilihan awal Perajurit Muda (Lelaki) TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)

TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)



Pemilihan awal Perajurit Muda (Lelaki) TUDM Siri 51/14 - Zon Semenanjung


Kelayakan Akademik:
* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Matematik, salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.

Lain-lain Syarat Kelayakan:
* Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
* Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.
* Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
* Syarat minima ukuran fizikal:
- Tinggi - 1.62 m
- Berat - 47.5 kg
- BMI - 18-25 (berat/tinggi x tinggi)
- Dada - Biasa 76 cm Kembang 81 cm.

Dokumen Dan Sijil Yang Diperlukan (Asal Dan Salinan):
* Sekeping gambar terkini berukuran pasport
* Sijil SPM/SPMV
* Sijil SKP Tahap 2
* Kad Pengenalan
* Sijil Lahir
* Sijil Berhenti Sekolah
* Salinan Kad Pengenalan waris/penjaga yang sah
* Sampul Surat berukuran A4 beralamat sendiri
* Setem RM 1.00
* Sila bawa bersama sebatang pen (biru/hitam)

Pusat-pusat Pemilihan:

Zon Utara:
* 18/2/14 - Tanjung Malim, Perak - SMK Khir Johari
* 19/2/14 - Perda, P.Pinang - SMK Perda
* 20/2/14 - Kolej Tentera Udara - Dewan Serbaguna
* 22/2/14 - Kangar, Perlis - SMK Putra
* 23/2/14 - Kulim, Kedah - SMK Keladi
* 24/2/14 - Georgetown, P.Pinang - SMK Georgetown
* 25/2/14 - Taiping, Perak - SM King Edward VII

Zon Selatan:
* 18/2/14 - Jasin, Melaka - SMK Jasin
* 19/2/14 - Kota Tinggi, Johor - SMK Tun Habab
* 20/2/14 - Batu Pahat, Johor - SMk Tinggi Batu Pahat
* 22/2/14 - Masjid Tanah, Melaka - SMK Ghafar Baba
* 23/2/14 - Rembau, N.Sembilan - SMK Undang Rembau
* 24/2/14 - Jelebu, N.Sembilan - SMK Undang Jelebu

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.


Nama Anda

E-mail address



Tuesday 4 February 2014

Tip mendapat jawatan kosong di USM, UKM, UPM atau UTM.

Tip mendapat jawatan kosong di USM, UKM, UPM atau UTM. 

Tip pertama dan paling utama ialah memohon pada universiti yang anda kehendaki, pastikan kursus yang anda pilih memenuhi syarat minimum yang diletakkan universiti. Apabila anda sendiri sedang mengikuti pengajian dalam universiti tersebut. Maka mudah untuk anda memohon sebagai 'research assistant' atau jawatan-jawatan lain kerana universiti sebegini biasanya mengiklankan jawatan kosong secara internal circulations.

Antara contoh bidang yang mempunyai potensi luas di dalam dan luar negara ialah bidang pertanian.

Bidang Pertanian adalah perniagaan dan keperluan pakar dalam bidang Agro amat kritikal dalam negara, oleh itu mari kita berbudi kepada tanah.

Bidang-bidang yang ditawarkan

= Agroteknologi [UMT, UMK, UPM]
= Perubatan Veterinar [UPM, UMK]
= Akuakultur dan Perikanan [UMT, UMS, UPM]
= Bioteknologi/Bioindustri [UMT, UPM]
= Sains Pertanian [UMS, UPM]
= Sains Penternakan [UMS, UPM]
= Sains Perhutanan [UMS, UPM]
= Kejuruteraan Pertanian [UPM]
= Pengurusan Perladangan [UiTM, UPM]
= Perniagaantani [UUM, UPM]
= Pendidikan Sains Pertanian [UPM, UPSI]

ILKA, IPTS & TEVT dalam bidang pertanian

Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Pertanian Kementerian Pertanian. Majlis Latihan Vokasional Pertanian, Kolej Risda, KLIUC.

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.


Nama Anda

E-mail address





Pengalaman Interview Jawatan Kosong Askar & Polis

Pengalaman Interview Jawatan Kosong Askar & Polis

Nak share pengalaman interview ni..Secara rasminya aku pnh 3x interview dlm usaha nak cari kerja.yang pertama selepas SPM,yg kedua selepas STPM,yg ke3 lepas tamat study kt uum.aku tak minat nk bercerita yg ke3 tu..aku nak cerita pengalaman yg pertama dan kedua.

Pas SPM,abah aku cadangkan kat aku p interview pengambilan askar wanita!!!!..aku pi weh...ingat aku tak p ka????Punyala ramai hari tu..interview kt sek badlishah,kulim.mmg selalu kt ctu.aku tak sure apa share ATM ngn sekolah tu.ehehhehehe...Saringan pertama dia,dia tanya,"sapa yg tak kredit BM,sila keluar drpd dewan"...Dalam hati aku,aku ckpla "Mana da orang tak kredit BM"...Rupanya,sangkaan aku meleset..belambak dah orang keluaq..terkejutnya aku masa tu..aku tak ingat g soalan apa lg depa tny tp mmg orang makin cket la dlm dewan tu (ecceli aku tak berapa ingat dewan ka ekelas ka hapaa)...

Pastu,check fizikal..masuk la dalam bilik tu (kelas ka apaa lagi sekali aku tak sure)...dia check tgok kita ni betoi2 perempuan ka dak..ehehhe..pastu dia tnya la kalu nak tnya...parut ni kenapa.yg bestnya,orang sebelah aku kena tnya.."Kaki hang ni mcm selalu krem ja?" .dia tgok kt belakang pelipat kaki tu...Budak tu pun jawabla mmg selalu krem....aku pun tak sure pa sign yg menunjukkan kita sellalu krem.

Sepatutnya aku ni tak lepas awai lg masa part timbang berat...BMI aku tak cukup.time tu aku kerepeng sgt nk dibandingkan ngn tinggi aku.tp abah aku slow talk depa lepas gak aku.hahahahahhaha....pastu last skali tulis karangan.aku tak ingat karangan apa aku tulih...tp kesimpulannya aku tak dapat la panggilan seterusnya.ehehhehehehehehhe...tak layak..aku rasa sbb BMI aku tak cukup.ehhehehehehe...

Tapi masa aku nk masuk PALAPES UUM pun,BMI aku tak cukup..aku ingat gi aku ckp ngn Staf mohd noor yg berat aku tak cukup,takpa ka?.masa tu kat dewan MAS masa daftar nk join tu.Dia kata takpa..berat boleh naik nnt.hahahaha....agknya tu berkat doa dia la tu...la ni berat aku naik dah..masa kadet tu tak naik la..tp dah stat keja ni ha.haduhaipun..maleh aku nak cakap..

Interview kedua adalah masa nak keja jadi inspektor polis...aku p masa pas STPM..guna STPM tu la..aku p KL ngn abah aku jgak..samapi pintu pagaq (ecceli aku tak ingat kt mana aku interview tu.)ehhehe....abah aku kena tinggai aku sorg bwak beg tu masuk kem tu...punya la tekejut..aku mana penah sorg2...tp aku gagahkan jugakla hati aku ni walaupun takut n cuak nak mampos dah masa tu..Pengambilan kali ni utk perempuan ja..Sesi utara..suma dr utara berkumpul la hari tu..kami dibagi bilik.seingat aku,aku dapat bilik ngn seorang India jugak datang dr Kulim.

Dia bg arahan petang turun ke dewan sekian sekian..pakai kt dlm pakaian inner (singlet n suaq fit tu)..dalam dewan tu suma perempuan pakai cmtu ja la...mula2 ja aku pakai baju kurung bertudung siap.dh bila kena bukak tgai inner ja..tara nak tgu turn tu,aku ngn selambe ja buat tudung ru simut badan aku..dewan tu punya la sejuk nak mampos...dalam tu adalah saringan pertama nak check fizikal.dia check la berat,tinggi,cara kawad,fitness serba cket..macam2 ragam la aku tgok n aku yg aku duk kt kerusi sambil tubuh berbalut ngn tudung tu,duk kukikkukik gelak kat orang.mmg lwak..n dh kejadian aku ni suka gelak lak..hmm..tak dapaek nk nolong la...dr pengamatan aku jugak,polis ni dia bukan nak amek polis yg badan macam model pun.kalau leh dia nak amek yg badan tu 'sedap' dan tegap..cam badan aku (Masa tu la)..dia tgok hujung mata ja..sbb da sorg kak tu..depa bekenan sungguh ngn btk bdn dia (Lebih kurg cm btk bdn aku la ni la.hahahahaha..).tp syg masa tu kak tu tgh studi g kt u mana tah..so,depa suh dia habiskan studi dulu pastu baru mtk balik..myb la ni dah jd polis kot..

Depa suh kawad,,depa takmo yg bila berjalan tu,lutu belaga lutut,,maksud aku yg tepi tu ha,,tak belaga..peha pun tak belaga...supaya nnt kawad,tak melecet.tu yg depa kata la...depa tgok tgn tu elok ka dak...cam nk cari model gk la cara jalan nk yg segak berjalan..yg terbongkok bongkok ka,senget2 ka dia takmo la...tp bukan yg jalan cam model sgt la...jalan cm model tu tekepit kepit...cam pa tah...pastu dia suh lompat lompat kt kusi tu,lari patah balik.cm buat ujian UKA jugakla...cuma yg lepas utk saringan kali ni baru la kena lari 2.4km utk esok pagi lak...jadi aku lepas la tahap ni...essoknya suh lari 2,4km..gilanya..masa tu aku tak terbayang pun jauh mana 2.4km tu..aku tak pnh berlari sebelum ni....Ya Allah..baru start lari ja aku dah letih dah.hahahahahahaha...dia kata sapa yg lewat dari masa berapa tah..direjek la...setelah puas aku berjalan tgok2 kelilin kem sejauh 2.4km,aku lepas la jugak masa tu.Masa jd kadet dulu,tiap-tiap petang lari pusing taman rusa,golf (jarak 2.4km) ...kira cam MAKANAN AKU LA 2.4km..ahhahahahah....tipu ja..aku besa2 ja masa kadet...leh la setakat nk jadi tukang nyanyi masa lari ramai2..masa jalan2 dalam hutan,masa berakit..leh la nyanyi cket2..kasi gamat n riuh keadaan..ahhahahahah....

Pastu,dah siap lari,rehat..depa suh kami yg lepas tu pakai formal utk amek exam apa tah..dah tak berapa ingat..tp yg pasti soalan2 dia mcm nk uji tahap ketelusan kejujuran dedikasi kita mcm2 lagi la nilai2 moral yg baik2 tu...sebelum tu,ada la sorg pakcik tu pekenalkan diri dia..dia kata mesti kami semua kenal dia sbb dia besa kuaq tv dlm apa ya cerita polis masa tu...360 ka..apa ntah aku taktau la...aku angguk ja la..tp sebenaqnya haram aku tak kenai pun pakcik kt depan tu..dia kata dia pegwai narkotik tak silap aku.so,cerita hal dadah,dia ada la...sorila pakcik masa tu aku cbuk keja kilang cari duit 12 jam tau..so,xdak masa aku nk tgok tv...ehheheheheheh.....

Dia cakap,sapa yg lepas ujian ni,akan dipanggil utk temuduga secara lisan ka camna tah kt alor star lak..aku takdak la mengharap apa2 pun..Jadi,aku pun teruskan hidup masuk UUM n Join PALAPES UUM. Tiba2 1 hari abah aku tepon,kata surat panggil aku lapor utk interview sesi seterusnya kt alor star.tp aku ckp la kat abah aku.aku takmo p sbb aku baru ja angkat sumpah jadi PEGAWAI KADET WANITA DALAM PALAPES DARAT..hehehehehe...aku dh lepaskan peluang jd polis di situ.heheheheheheheh..takpala...Allah dah letak suh aku keja kat JABATAN PERANGKAAN  ni ha...

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.


Nama Anda

E-mail address



TIPS-TIPS SEBELUM TEMUDUGA JAWATAN KOSONG SWASTA / KERAJAAN

TIPS-TIPS SEBELUM TEMUDUGA JAWATAN KOSONG SWASTA / KERAJAAN


Ni tengah pulun stadi untuk intebiu Isnin ni. Eh? Bukan-bukan. Ni bukan intebiu posting cikgu. Sabar eh kepada mereka yang tak sabar nak tengok aku jadi cikgu. Kot-kot dah lemau nak belanja aku coolblog pun sabar-sabar la eh. Hohoho..Ni intebiu nak menamatkan sesi tanam lemak je.


Jadahnya aku kena prepare slide powerpoint untuk intebiu ni. First time present macam nak present produk jualan MLM. Selalu kalau dia nak uji cara mengajar dia bagi marker and white board je kat aku. Tapi ni suruh prepare slide. Menggelupur kejap aku oke. Dah lama aku aku tinggalkan arena hospitality, foodservice, hotel dan tourism ni. Apa lagi. Habis aku selongkar kotak-kotak yang dah berhabuk lunyai tu. Nasib aku tak jumpa tikus je.


Oke-oke.. tips kan?


Simpan nota-nota dan buku-buku lama
Adalah lebih baik kalau sesiapa tengah belajar sekarang jangan jual buku-buku kau tu kat junior. Konon-konon nak cari duit bayar rumah sewa kan. Toksahlah aku kata. 
Sebabnya, kalau kau intebiu nanti mesti ada paling cikai pun 1 soalan relate dengan apa kau stadi dulu. Ni macam kes aku sekarang. Menyesal tak sudah aku pergi buang note-note yang lecturer bagi dulu. Dulu kan duduk kolej. Habis sem je taktau mana nak angkut buku-buku dan note-note yang banyak tu. Takkan nak bawak naik bas dari Penang ke Melaka. Owh. Tidak-tidak. Kalau boleh beg baju yang berlambak-lambak tu pun aku tak nak angkut. Leceh naik bas ni. Lainlah bawak kereta kan. Boleh angkut dengan katil almari sekali. Kalau tak, takdelah aku susah payah nak prepare powerpoint ni. Tensi oke. Tensi. Sebab aku kena mula balik dari awal. Dulu masa muda-muda langsung tak terpikir keburukkan kalau buang note-note. Sekarang ni baru tau akibatnya. Menyesal habis.
Biarlah sampai kuning ke reput kertas kau tu. Takpe. Simpan je. Ada gunanya nanti.


Aku ni sejak dari 2009 dah berpuluh-puluh intebiu aku pergi. Baik dengan kerajaan, swasta mahupun kedai runcit. Dan beratus-ratus macam soalan aku pernah terima masa intebiu. Logik pun ada. Tak logik pun ada.


Kalau yang nak pergi intebiu polis tu korang boleh refer kat sini ( SILA KLIK ). Kesimpulan, intebiu polis ni lah paling susah pernah aku rasa. Ke aku je rasa susah eh? Tapi nak pergi intebiu kerajaan ni, silalah penuhkan ilmu kerajaan dan negara kat dada. Kalau rasa ada kekurangan jangan harap mudah-mudah orang nak terima kau.


Kalau yang kerajaan ni aku dah pernah pergi intebiu untuk SPA, SPP, KPM, Universiti Malaya, Uitm, Polis... tapi lulus SPP dengan KPM je. 


Kalau kat kerajaan ni potensi nak dapat jangan mimpi sangat ok. Paham-paham jela eh. Nisbah yang apply dengan yang nak tu 1:10000. 1 jawatan kosong tapi 10k orang yang apply. Ingat orang yang intebiu tu nak sangat ke intebiu 9999 orang yang lain. Tak eh. Dia terpaksa je intebiu kau. Tu kan kerja dia.


Ni pengalaman aku la. Cara-cara kalau orang dah ada calon tapi terpaksa jugak intebiu kau sebab memang tugas dia padahal orang taknak pun. Selalu kes ni berlaku masa intebiu government je. Sebab yang swasta aku belum lagi terima soalan mengarut macam ni. 
Beria-ria oke aku stadi. Nak pergi exam pun takde macam ni punya stadi. Last-last kau tau apa dia tanya masa kat dalam tu. Ni namanya dari jauh kau datang nak intebiu sekali soalan santai atau borak-borak ala kedai kopi yang kau dapat. Kenyataan eh. Try la. 

Cerita pasal awak sikit ( Ni memang soalan wajib tapi...Sikit je oke. Jangan banyak-banyak. Bila cerita aku baru nak sampai klimaks dia dah stopkan. Tanda dia taknak dengar kau merapu-rapu last-last pun bukan kau diterima pun)

Apa hobi awak?( Aku macam nak tergelak la masa tu. Apa kena mengena hobi dengan kerja aku apply ni. Masa tu aku jawab tak silap la kan "SHOPPING"... ke aku sebenarnya kena jawab reading ilmiah book? Celah! )

Kenapa awak tinggal kat Melaka sedangkan awak lahir kat Sarawak? (Ni aku rasa pun soalan bodoh. Kalau aku lahir kat Istanbul maknanya aku kena tinggal kat Istanbul ke sedangkan makpak aku semua kat Malaysia. Hadoi la)

Awak ada boyfriend (ni lepas tengok resume aku tulis SINGLE. Nak berkenalan ke abang ooi?)
Ayah awak army kan tapi kenapa tak minta army je? ( Aku sangat benci soalan ni. Serupa banggang. Kalau bapak awak doktor kenapa awak mintak jadi tukang masak? Eh?? Suka hati lah. )

Tu antara soalan-soalan tak logik bila orang dah jumpa calon tapi kena intebiu kau sebab atasan dah suruh buat. Tak buat kang kau punya KPI ranap kan. 


Tapi aku pernah juga dapat soalan mengarut tapi lulus tu. Contoh masa aku intebiu dengan KPM. Dia tanya aku:

Soalan:
Apakah 3 benda alam semulajadi yang awak suka? Dan sebab?

Aku dah gabra dah soalan ni. Ringkas tapi kalau tengah neves aku macam tak boleh pikir logik. Last-last aku pulak merapu meraban jawab soalan tu.


Aku jawab:
1. Bunga teluki sebab bunga tu lah saya gaduh besar dengan ex boyfriend saya masa dia konvo. (Haha..Salahkan bunga kan.Nangis-nangis oke balik bawak bunga tu sebab gaduh punya pasal. Penat je aku panjat bukit tonggek kat Uitm tu semata-mata nak pergi konvo dia last-last kau buat aku macam sampah kan? Fine! Cerita lama)

2. Pokok depan rumah saya sebab bila saya buka mata je saya terus bukak tingkap dan tengok pokok depan rumah saya dulu.


3. Sungai. Sebab saya suka mandi sungai. (Logik?? Pastu dia tanya awak reti berenang?) Tak reti. 
( Ahaks! )


Masa tu aku dah pikir sure dan pasti aku tak lulus intebiu ni. Aku jawab macam bodoh ( kan anonymous kata aku bodoh kan. Hahaha)

tapi


LULUS wehhhhh......!!!!

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.


Nama Anda

E-mail address



Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan 2014 / 2015 Secara Terus Tanpa SPA!

Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan 2014 / 2015 Secara Terus Tanpa SPA!

Adakah ada “Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan” tanpa melalui SPA? Jawapannya ADA!.Iaitu melalui Agensi Kerajaan dibawah kerajaan negeri. 

Tahukah anda dan saya pasti sesetengah dari anda pernah mengetahui akan iklan jawatan kosong kerajaan dilaman web kerajaan negeri bukan? Dan anda memohon secara online dan mengisi borang dan menghantar kepada alamat yang diberikan bukan? Contoh, pasti anda pernah mendengar iklan kekosongan jawatan sebagai pembantu teknik di MARDI dan maklumat tersebut ada dilaman web mardi dan cara anda memohonnya adalah tidak langsung sama sekali melalui SPA. Anda suka?

Tahukah anda ada senarai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyebarkan iklan kekosongan jawatan kerajaan dilaman web kerajaan negeri? Apa yang saya maksudkan adalah satu SENARAI LENGKAP AGENSI SELURUH NEGERI di seluruh negara yang dibuat khusus dan disusun untuk memudahkan anda untuk mencari tawaran kerja kosong di negeri anda dengan mudah tanpa melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA. Jadi Cara Memohon Kerja Kerajaan tanpa melalui SPA memang ada malah anda boleh memohon secara terus tanpa perlu bersaing (tidak ramai) dengan ramai calon yang memohon.

Jadi  jika anda memiliki senarai agensi kerajaan dibahagian pengambilan pekerja ini, hanya Cuma perlu mencari peluang kerja yang ada mahukan, hantar resume kerja, lakukan tindakkan susulan (telefon/hadir ke pejabat), hadir temuduga (jika dipanggil) dan kemudian berdoa dan lain lain lagi yang sepatutnya. Dengan cara ini, Cara Memohon Kerja Kerajaan yang anda lakukan ini adalah secara terus tanpa melalui SPA.

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.


popo


Nama Anda

E-mail address





Pengalaman Interview Jawatan Kosong Kilang Jepun

Pengalaman Interview Jawatan Kosong Kilang Jepun

Suatu hari aku dapat email dari Jobstreet yang mengatakan ada satu kompeni jepun request aku untuk apply job yang dorang tawarkan pada aku iaitu QS Engineer. Setelah berfikir beberapa hari dan meminta pandangan kengkawan, maka aku dengan konfidennye pun respon la request tersebut. Tup-tup keesokkannye terus dapat call dari HR Exec dorang. Tapi job position aku apply tu dorang tukar kepada IT Helpdesk Exec sebab dorang tengok aku punye resume ada tulis aku pernah ambil JLPT dan boleh kecek Jopun sikit-sikit. Rupanya dorang nak seorang IT Helpdesk Exec yang berkebolehan speaking Jepun. Erk?

Masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Aku mintak tolong opismate yang hantarkan pergi kat kilang tu. Berdebar gila kau masa tu. Macam nak tercabut tulang sendi semua. Maklum la. Aku dah hampir lupa dah camne nak speaking Jepun. 5 tahun dah tak prektis sebab environment sekeliling tak memberikan peluang itu pada aku. Tapi buat-buat konfiden je. Haha. Lepas dah isi borang, penemuduga pun datang iaitu HR Exec yang kol aku tu. Then ada lagi 2 orang penemuduga yang datang, IT HOD dengan Assistant die (orang Jepun). Warghhhhhhhhh..terus blank bile nampak Jepun tu. (-_-")

Masa intebiu tu memang totally speaking omputih la. Berterabur habes. Aku main hentam je cakap. Sebab aku pun memang tak prektis speaking omputih setiap hari. Kekadang je. Environment kerja aku sekarang adalah lebih banyak cakap bahasa ibunda. Memang kompom la speaking omputih agak ke laut. Huhu. Dan ini adalah intebiu pertama aku menggunakan sepenuhnya bahasa omputih. Yang dulu-dulu tu intebiu dalam bahasa melayu. Pengalaman pertama yang agak mendebarkan.

Result intebiu dapat pada hari yang sama jugak. Lepas beberapa jam aku di'intebiu' dan sedang melepak-lepak kat opis, aku terima call dari dorang. Keputusannya adalah REJECTED. Huahuahua. Aku dah agak dah resultnye. Takpe. Aku seorang yang positif. Aku boleh terima rejection dengan baik. HR Exec die ada explain beberapa sebab kenapa aku tidak diterima. Antara sebabnya :

IT HOD Kilang Jepun tu sangkakan aku ni lelaki. Dia pi baca resume aku dari Jobstreet tu, nama bapak aku dulu baru nama aku. Jadinya dia fikir aku ni Mohd Fauzi. Huahuahua. Lawak! Patut masa dia masuk bilik intebiu tu nampak dia agak terkejut tengok aku.

Polisi kilang tu, pekerja tak dibernarkan naik motorbike pergi kerja. Masa intebiu tu dorang ada tanya aku, in case dapat job tu aku nak datang kerja naik apa. Aku dengan jujurnya jawab aku hanya ada motorbike. Terus dorang cakap, kalau nak kerja situ tak boleh naik motorbike. Hanya boleh naik kereta atau bas rapid Penang yang disediakan secara percuma.

Itulah sebab-sebab utamanya. Mungkin ada hikmah di sebalik nya juga aku tak dapat. Lagipun tugas-tugas agak berat, memang sesuai untuk lelaki. Kebolehan aku speaking Jepun pun dah merosot teruk. Masa intebiu tu kena speaking Jepun, terkulat-kulat aku. Hehe. Kendian aku lebih selesa pergi kerja naik motor, jadi takut tak dapat nak ikut polisi dorang tu. Dan peraturan kat situ memang strict. Masa kerja tak boleh langsung jawab fon walaupun kecemasan. Hmm.

Berdasarkan pengalaman aku ni, ada beberapa tips aku nak kongsikan la dengan korang. Bila nak intebiu kat international company ni, yang penting sekali English kena power dan fluent. Kalau company Jepun, at least kena pandai cakap Jepun sikit-sikit. Memang bagi high mark kat situ. Sensei aku pun pernah pesan dulu masa dalam kelas bahasa Jepun. Datang jangan lewat. Kena awal. Dorang mementingkan punctuality. Then, kena bersedia dengan jawapan yang berkaitan bidang kerja. Soalan memang advance tau dorang bagi sebab nak uji kita faham dan tahu tak ape skop kerja yang ditawarkan.

Intebiu dengan company macam ni selalunya rileks. Tak stress pun. Die lebih mementingkan komunikasi dua hala. Macam bersembang gitu. Takde la skema sangat. Tapi jangan la bercakap tu sampai propa habes. Biasa-biasa sudah. Then, pergi intebiu dress up jangan cincai-cincai je. Perlu kemas ok. First impression tu penting. Mana-mana intebiu pun cenggitu tau. Yang paling penting sekali ialah CONFIDENT. Itu je la yang aku nak kongsikan. Semoga ada manfaat buat korang jugak.

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.

Nama Anda

E-mail address