Tuesday 4 February 2014

Pengalaman Interview Jawatan Kosong Kilang Jepun

Pengalaman Interview Jawatan Kosong Kilang Jepun

Suatu hari aku dapat email dari Jobstreet yang mengatakan ada satu kompeni jepun request aku untuk apply job yang dorang tawarkan pada aku iaitu QS Engineer. Setelah berfikir beberapa hari dan meminta pandangan kengkawan, maka aku dengan konfidennye pun respon la request tersebut. Tup-tup keesokkannye terus dapat call dari HR Exec dorang. Tapi job position aku apply tu dorang tukar kepada IT Helpdesk Exec sebab dorang tengok aku punye resume ada tulis aku pernah ambil JLPT dan boleh kecek Jopun sikit-sikit. Rupanya dorang nak seorang IT Helpdesk Exec yang berkebolehan speaking Jepun. Erk?

Masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Aku mintak tolong opismate yang hantarkan pergi kat kilang tu. Berdebar gila kau masa tu. Macam nak tercabut tulang sendi semua. Maklum la. Aku dah hampir lupa dah camne nak speaking Jepun. 5 tahun dah tak prektis sebab environment sekeliling tak memberikan peluang itu pada aku. Tapi buat-buat konfiden je. Haha. Lepas dah isi borang, penemuduga pun datang iaitu HR Exec yang kol aku tu. Then ada lagi 2 orang penemuduga yang datang, IT HOD dengan Assistant die (orang Jepun). Warghhhhhhhhh..terus blank bile nampak Jepun tu. (-_-")

Masa intebiu tu memang totally speaking omputih la. Berterabur habes. Aku main hentam je cakap. Sebab aku pun memang tak prektis speaking omputih setiap hari. Kekadang je. Environment kerja aku sekarang adalah lebih banyak cakap bahasa ibunda. Memang kompom la speaking omputih agak ke laut. Huhu. Dan ini adalah intebiu pertama aku menggunakan sepenuhnya bahasa omputih. Yang dulu-dulu tu intebiu dalam bahasa melayu. Pengalaman pertama yang agak mendebarkan.

Result intebiu dapat pada hari yang sama jugak. Lepas beberapa jam aku di'intebiu' dan sedang melepak-lepak kat opis, aku terima call dari dorang. Keputusannya adalah REJECTED. Huahuahua. Aku dah agak dah resultnye. Takpe. Aku seorang yang positif. Aku boleh terima rejection dengan baik. HR Exec die ada explain beberapa sebab kenapa aku tidak diterima. Antara sebabnya :

IT HOD Kilang Jepun tu sangkakan aku ni lelaki. Dia pi baca resume aku dari Jobstreet tu, nama bapak aku dulu baru nama aku. Jadinya dia fikir aku ni Mohd Fauzi. Huahuahua. Lawak! Patut masa dia masuk bilik intebiu tu nampak dia agak terkejut tengok aku.

Polisi kilang tu, pekerja tak dibernarkan naik motorbike pergi kerja. Masa intebiu tu dorang ada tanya aku, in case dapat job tu aku nak datang kerja naik apa. Aku dengan jujurnya jawab aku hanya ada motorbike. Terus dorang cakap, kalau nak kerja situ tak boleh naik motorbike. Hanya boleh naik kereta atau bas rapid Penang yang disediakan secara percuma.

Itulah sebab-sebab utamanya. Mungkin ada hikmah di sebalik nya juga aku tak dapat. Lagipun tugas-tugas agak berat, memang sesuai untuk lelaki. Kebolehan aku speaking Jepun pun dah merosot teruk. Masa intebiu tu kena speaking Jepun, terkulat-kulat aku. Hehe. Kendian aku lebih selesa pergi kerja naik motor, jadi takut tak dapat nak ikut polisi dorang tu. Dan peraturan kat situ memang strict. Masa kerja tak boleh langsung jawab fon walaupun kecemasan. Hmm.

Berdasarkan pengalaman aku ni, ada beberapa tips aku nak kongsikan la dengan korang. Bila nak intebiu kat international company ni, yang penting sekali English kena power dan fluent. Kalau company Jepun, at least kena pandai cakap Jepun sikit-sikit. Memang bagi high mark kat situ. Sensei aku pun pernah pesan dulu masa dalam kelas bahasa Jepun. Datang jangan lewat. Kena awal. Dorang mementingkan punctuality. Then, kena bersedia dengan jawapan yang berkaitan bidang kerja. Soalan memang advance tau dorang bagi sebab nak uji kita faham dan tahu tak ape skop kerja yang ditawarkan.

Intebiu dengan company macam ni selalunya rileks. Tak stress pun. Die lebih mementingkan komunikasi dua hala. Macam bersembang gitu. Takde la skema sangat. Tapi jangan la bercakap tu sampai propa habes. Biasa-biasa sudah. Then, pergi intebiu dress up jangan cincai-cincai je. Perlu kemas ok. First impression tu penting. Mana-mana intebiu pun cenggitu tau. Yang paling penting sekali ialah CONFIDENT. Itu je la yang aku nak kongsikan. Semoga ada manfaat buat korang jugak.

Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.

Nama Anda

E-mail address



No comments:

Post a Comment